Monday, September 11, 2017

718#Love Note ~ [Resipi] Daging Masak Merah


Bila dah masuk Aidiladha ni, bekalan daging korban kat dalam peti ais mesti banyak berbanding sebelum ni. Hana tak pernah beli daging lembu. Biasanya beli daging ayam, kambing atau ikan. Daging kambing memang perap sos BBQ aje sebab abah suka makan macam tu. So Aidiladha is the month I could polish my cooking skills involving meats hahaha kalau tak mahal nak beli sendiri. 

Me and my family love daging masak merah. Kalau pergi restoran masakan Thai biasanya akan order tomyam ayam, daging masak merah, kailan ikan masin dan telur dadar. Sedap makan panas panas dengan nasi. So I thought to make daging masak merah hari ni. Lupa pula nak buat telur dadar sekali. Kalau tak lagi best rasanya.

I used Puan Azie's recipe. Ada sedikit berbeza sebab ada bahan yang Hana tak ada kat dapur dan ada Hana tambah bahan lain. Kena pandai pandai adjust sendiri. Puas hati juga dengan rasanya. Lebihan daging korban lain Hana macam teringin nak buat bihun sup. Insya-Allah kalau sempat.  



Kredit: Puan Azie


 Bahan-bahan:

  • 500g daging lembu (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1/2 cawan air
  • 1 batang lobak merah (hiris)
  • 1 biji capsicum (hiris)
  • Pewarna merah
  • Garam dan gula

Cara-cara:

1. Rebus daging yang telah dihiris dengan sedikit pewarna merah. Rebus sehingga empuk.
2. Goreng daging di dalam kuali sehingga kuning sedikit. Ketepikan.
3. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili kisar. Kacau sehingga garing.
4. Masukkan sos tiram, sos tomato dan lada sulah. Kacau hingga sebati. Masukkan air.
5. Masukkan daging, lobak merah dan capsicum. Kacau. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Hidangkan bersama-sama nasi putih.


Masakan ini senang dan boleh dibuat sesiapa yang baru belajar masak. Daging tu sebenarnya Hana nak hiris nipis nipis sebab suka macam tu tapi abah dah potong dadu hahaha guna ajelah mana yang patut, takkan nak membazir pula.

Apa yang korang cadang nak masak dengan daging korban tu? :)

Till then.
Wassalam.


2 comments:

  1. Pewarna merah tu guna yang pewarna ais sirap tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hana guna pewarna untuk buat kek/biskut, tapi boleh aje guna sirap. dalam setitik dua dah cukup, tapi maybe akan ada rasa manis sikit kalau guna sirap hehe. cukuplah nak kasi lekat warna tu :)

      Delete

Finished reading my entry? Why not you drop a comment or two? ;)

Broaden News